Lebih 2,000 pegawai, kakitangan hadiri perhimpunan Hari Raya Kementerian Pertahanan





Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Mei. - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun ini menyaksikan kehadiran lebih dari 2,000 pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama dan peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan.

 

Kemeriahan sambutan turut dikongsikan dengan mengalu-alukan kehadiran para jemputan luar daripada Penasihat / Atase Pertahanan dari luar negara yang menetap di Negara Brunei Darussalam dan Pegawai Memerintah Kompeni Bantu Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR).

 

Close